Promosi NOVEMBER

Kraftangan Malaysia

Sepanjang bulan November ini Kraftangan Malaysia akan mengadakan kempen MCS ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA 2021 (MCS AKM 2021) melalui pembelian secara dalam talian platform MYCRAFTSHOPPE di link www.mycraftshoppe.com. Kempen di bawah MCS AKM 2021 menawarkan potongan harga sebanyak RM30.00 bagi setiap pembelian minimum RM100.00 dan ke atas. Kempen ini akan berlangsung bermula 1 hingga 30 November 2021.

Hebahan kempen tersebut dan kempen-kempen lain di bawah MYCRAFTSHOPPE boleh diikuti di platform Facebook MyCraftshoppe

Tourism Malaysia

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui agensinya Tourism Malaysia melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan melibatkan produk pelancongan di seluruh negara.

Pakej yang dilancarkan adalah inisiatif utama di bawah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari MOTAC. Keluarga Malaysia dalam kalangan para penjawat awam dan pesara kerajaan dapat menikmati tawaran diskaun bagi harga tempahan hotel, tiket masuk tempat percutian dan pakej penginapan sehingga 30 peratus dengan melayari laman web berikut. Tempoh sah sehingga 30 Jun 2022 :

https://deals.malaysia.travel/deals

Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan di dalam www.malaysia.travel. Sila klik ‘DEALS & Packages‘.

Kerjasama Promosi bersama Agensi Pelancongan melalui syarikat eMarket place Shopee di mana potongan diskaun berbentuk eVoucher bernilai RM100.00 bagi satu transaksi pembelian. https://shopee.com.my/m/jom-cuti-cuti-malaysia

SugarBomb

Bersempena dengan Sambutan Bulan Keluarga Malaysia, SugarBomb melancarkan produk baru iaitu “Fresh Granada” Aromatic Diffuser disamping mengadakan promosi promosi menarik seperti:
       i. Combo Berkasih
          1 Klasik + 1 Premium Aromatic Diffuser pada harga RM 100 (Harga asal: RM 108)
      ii. Combo Bermanja
          2 Premium Aromatic Diffuser pada harga RM 110 (Harga asal: RM 118)
     iii. Combo Beradik
          2 Klasik Aromatic Diffuser pada harga RM 90 (Harga asal: RM 98)

Semua promosi ini boleh didapati dari website SugarBomb atau dari Reseller SugarBomb yang sah di seluruh Malaysia dari 1 November – 30 November 2021

Siti Khadijah

Bersempena dengan sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 , pihak LPPKN dengan kerjasama Siti Khadijah akan mengadakan Pertandingan Caption dan Menang !!

Penyertaannya mudah sahaja , iaitu peserta perlu mencipta caption menarik daripada poster rasmi Bulan Keluarga Malaysia 2021 Ayuh .. Jangan Tunggu Lagi !! Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh disertai mulai 8 – 12 November sahaja ! 5 Caption menarik dan bertepatan dengan tema Keluarga Malaysia akan dipilih sebagai pemenang 🎉 Keputusan juri adalah muktamad .

Link contest: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=251244030370525&id=100064547895800&sfnsn=mo

http://bkm.lppkn.gov.my/bkm2021/wp-content/uploads/2021/11/logo-lppkn_kpwkm_s.jpg

Copyright LPPKN 2021